Monday, September 5, 2011

huuuuuuuuuuuuuuu

saya xde gmbr raya...waaaaaaaaaaaa sodey den..sume kamera2 dh xwujud lg di rumah ini agaknye...xpela saya redha!haha

Tuesday, August 16, 2011

kakak saya



my sister's convocation...akhirnye alhamdulillah kakak saya dh bejaya mengabeskan mastersnyer..pasni turn aku plak yer..hihi

My BLeSS

setelah sekian lame mendiamkan diri...more to hibernasi la katekan..now saya mempunyai semangat baru disini..thankz a lot Tuhan for sending me someone that is so miserable for me....hurmmm nobody perfect but im accepting him so well...saya rasa sgt bahagia pada waktu ini..eventhough u r far away from me but i know that u r trying to make our life being perfect in the future..sooner or later i will be more matured in handling everything in my life..awak mengajar saya menjadi seorang manusia yang besifat neutral..xde perkataan hipokrit dlm diri awak..yes itu la yg saya carik...saya xpandang pun gaji awak,saya xpandang pun pangkat awak n saya xpandang pun family awak..yg saya pandang adalah awak..seorang lelaki yang boleh menjadikan saya seorang manusia..awak sangat2 bertanggungjawab eventhough sometime bler dtg gler awak tu..tuhan je yg tau..hahahahaha sgt kelakar kalo tingatkan stiap mende yg awak wat sepanjang kite besama smpai tahap skang ni kan...btw saya sbenanyer takot tok trime kenyataan hari awak nak melapor tu dh hampir tiba sampai satu tahap rase mcm lambatkan lah stiap masa yang berjalan...hurmmm tp xpe saya tau awak buat bukan suka2 in fact awak kt dlm tu pun menghadapi pelbagai rintangan kan...xpela awak bejuang kt dlm while saya bejuang kt lua ni...u know what i mean kan????janji saya tetap akan saya tunaikan....kalo xdpt secepat yg mungkin i will extend it but kalo bole mmg saya nak cepatkan mende ni...hopefully awak percayakan saya n dun u ever2 dgr ckp org...im waiting for u out here n promise me that u will achieve everything yg awak nak...my blessing is always wif u...swear it!!

Thursday, May 19, 2011

.....!!!!!!??????

sangat tersiksa!ape maksud tersiksa..only people that suffer it will know the real meaning of TERSIKSA..sakitnye rase serba serbi..mau lari tp xleh lari ke mana2..kehidupan perlu diteruskan n da ending is MATI!!!!!!saya tidak bersedia lg untuk mati kerana saya masih lg kekurangan pelbagai perkara dr pelbagai sudut..bodo gler mereng!!

Sunday, March 20, 2011

otak bepikir xtentu arah..mencanak2 sume mende nak kuar..hell!!!!!sila jgn ganggu otak saya!

Tuesday, March 15, 2011

step by step..

langkah semakin panjang..semakin panjang langkah aku semakin jauh aku menempuh semakin banyak perlu aku tempuh semakin tabah aku perlu hadapi dan semakin matang otak aku berpikir..kehidupan di blakang aku xperlu aku nak toleh untuk melihatnya semula..tiada apa yg istimewa sekadar menambahkan ketegangan ati untuk teros menanges..itulah hakikat kehidupan aku sebelom ini..langkah dan tapak kaki aku perlu melangkah dengan penuh berjaga-jaga dan berhati-hati..setiap detik waktu yang aku tempuh adalah perkiraan detik waktu kejatuhan atau kekuatan aku..semoga aku kuat untuk menghadap apa dihadapan aku sekarang..tiada dia tiada kamu tiada siapa-siapa melainkan diri aku sendiri untuk menjadi kuat..kuat dari segi fizikal dan mental..kesungguhan aku untuk berubah bakal merangka kejayaan di masa hadapan..aku tidak penat aku tidak mengeluh kerana aku tahu hidup ini sekejap cuma..

Friday, March 4, 2011

Thursday, February 24, 2011

Epi BesDaY To Me....

25/2/2011..im 24 rite now..thankz to GOD for giving me a chance to breath in this world..haih 24 already but i hav nothing to proud of..hahahaha sounds like regreting to live in dis earth pun ade..but honestly its all dat im thinking..no job no achievements dat i get for dis time being..waaaaaaaaaaaa xpela maybe de hikmah disebalik sgala yg terjadi..ape pun sy sgt la bersyukur kerana sy smpt menjenguk umo ke 24 sy..sgt2 besyukur kerana dipanjang umo tok melangkah ke taun 2011 ini..sy akan berusaha utk menjadi yg terbaek n semoga hari lahir kali ini membawa perkabaran gembira kepada diri saya dan keluarga..tidak mahu lg dirundung kemurungan yg di tahap kritikal..tidak mahu lg..kehidupan perlu diteruskan walau ape pun yg terjadi..yes itulah saya..saya dengan ini sudah berumur 24 tahun..haha

Sunday, February 20, 2011

I DuN KnOw

saya tau saya xperlu berharap sbb saya tau mmg xde harapan..tp ati saya ni degil still rase nak mengharap..IRMA..die sudah tiada..walau die dtg skali pun die bkn yg dulu..die dh ade die n die..kalo die btol2 jujur die xkan wat saya cmni..tp nape die dtg kt saya mcm die dtg awal2 kt saya dulu?saya sgt keliru n btol2 dlm keadaan separuh gler..tlg kembalikan diri saya yg lame..diri seorang ppuan yg kuat walau ape pun jadi..saya dh xkenal diri saya sndiri..kekadang saya rase nak slhkan die sbb wat saya cmni..tp diri saya sndiri pun xkuat..saya kalah ngan hasutan syaitan..saya xtrime dugaan yg tuhan bg ni sebagai satu ujian tok saya kembali slalu mengingati tuhan..subhanallah..saya perlukan 1 kehidupan baru utk saya memulakan semuanya balik..saya perlu kuat tok hadapi ni sume..1 ari nnti die akan btol2 tinggalkan saya..saya mmg takot tok trime kenyataan tesebut tp itulah hakikat yg saya perlu trime..saya perlu besedia tok menghadapinya awal2 lg..bkn bler benda dh berlaku bru saya nak pkr cara mengatasinya..saya xtau nak mengadu kt sape n saya tau xde sape leh paham pe yg saya rase..cume 1 je saya harap..saya mahukan kekuatan tok diri saya..saya xperlu nanges tiap2 ari tok kenangkan mende2 cmni..saya sgt lemah tp saya tanak kelemahan ni yg makan diri saya..saya xtau ape yg saya perlu..yg saya tau skang ni saya perlu bangun..bangun dr kesedihan ni..mungkin 1 ari nnti bler saya dh kuat saya perlu bgn dptkan ape yg die dh amik dr saya..tp saya xkan mampu kalo skang pun saya xkuat..saya msti kuat!!walau die pegi dr saya..saya msti kuat..sbb 1 ari nnti keadilan akan berpihak pd saya insyaAllah..saya xpenah bedendam dgn sape2 n saya xkan penah ade rasa begitu..cume saya perlukan sesuatu yg ilang dr dlm diri saya..itu je..semoga saya betambah kuat..

Saturday, February 12, 2011

Tuesday, February 8, 2011

KalaU JeNazaH iTu aDaLaH JenazaH aKu..

ptg semalam aku g amik mak aku balik ngajar n direct g pasar mlm tros..dlm kul 715 cmtu aku smpai kt kawasan umah aku..masuk2 kawasan umah aku tu de tanah perkuburan baru..kirenye tok penduduk2 taman2 yg berdekatan la..smpai2 je simpang tu aku tgk eh ramainye kete..smpai melimpah ke luar jalan..ayah aku dh ckp eh de org meninggal kot..tp dh agak lewat ni nak tanam gak mlm2 ni kan..pastu mak aku ckp yela..tanak seksa jenazah kan..tah nape time2 dh nak gelap2 tu tbe2 ati aku tesentap bler smpai je umah ayah aku ckp makcik yg meninggal tu wife kwn die n die xsakit pape tros meninggal ptg td..ok i accept dat itu adalah ajal die..tp tbe2 time aku duduk2 td aku pkr..kalau la jenazah td tu adalah aku..ape pahala yg aku dh kumpul sepanjang idup aku??siang td aku rase aku begosip2 ngan kwn2 kt fesbok n tbe2 ptg tu aku sesak nafas tros meninggal..agak2 mane tmpt aku di sisi Allah??Ya Allah tros seram sejuk aku rase..takotnye aku rase sbb aku rase xbnyk kebaikan yg aku wat spanjang idup aku..lg2 aku dh 5 bulan dok umah ni..bnyk nye rasenye dosa aku yg perlu aku tanggung kalo aku mati dlm keadaan same waktu mcm makcik tuh..sesungguhnye aku sgt besyukur sbb tuhan bg pluang kt aku tok bernafas lg arini..

Monday, January 24, 2011

mengapa wanita memerlukan lelaki..

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

Sunday, January 9, 2011

saya tidak akan membazirkan airmata saya lg..ini JANJI saya..tiada lg airmata utk manusia bernama lelaki..n khusus tok manusia bergelar lelaki bangsat!!

Tuesday, January 4, 2011

BosaNnYer iDuP..

dh neu year td still lg cmni..apekah azam baru saya???azam..azam..tiada azam coz aku rase azam taun 2003 pun xtetunai g kot..tah dh lupe ape mende azamnye..hahahahaha as usual dok umah bgn pg pastu on intenet ngadap fesbok..smpai la ke malam even xde mende yg menarik tp dr aku dok tecongok kt umah lg la lame2 mau jd monyet..nsb baik smlm g umah syuhada..heaven gler mkn laksa berpinggan2..dr kul smpai kul 6 potpet sedar2 eh dh ptg kena balik dh ni..aiyokk kalo dok umah mak oiii kemain lame rase nak ptg tu..haih everyday keje aku mengeluh dan mengeluh..last2 muka bekedot sejuta..waaaaaaaaa help me!!!xleh tahan dh dok umah lelame cmne!!!!!